Assiry gombal mukiyo, 16 April 2015
Hamid al-Amidi adalah seorang tokoh seni khat yang terkenal
dengan karya-karyanya yang cantik dan mempunyai susunan yang sempurna.
Beliau merupakan guru kepada seorang lagi tokoh seni khat yang hebat dan
masyhur iaitu Muhammad Hasyim al-Baghdadi. Hamid al-Amidi dilahirkan
pada tahun 1309H/1891M di bandar Diyar Bikr, terletak di Anadul yang
dahulunya dikenali sebagai Amid. Itulah antara sebab beliau menisbahkan
namanya dengan Hamid al-Amidi. Nama sebenar beliau ialah al-Syaikh Musa
Azmi.
Nama asli beliau adalah Musa Azmi. Beliau dilahirkan pada
tahun 1891 di kota Diyar Bakr, sebelah tenggara kota Anatolia, Turki.
Kota Diyar Bakr ketika itu lebih dikenal dengan nama Amid. Nama inilah
yang kemudian ia pakai dalam nama penanya, Hamid al-Amidi. Sedangkan
nama asli beliau, Azmi, sering ia pakai dalam tauqi’ pada karya-karya
beliau sewaktu muda. Dan ketika masa tua, beliau lebih suka memakai nama
sebutan beliau, Hamid. Kaligrafer yang lebih terkenal dengan
kepiawaiannya dalam khat tsulust jali ini meninggal dunia pada tahun
1982, dimakamkan di Farjah Ahmad, dekat makam syekh Hamdullah.
Hamid al-Amidi telah menguasai seni khat semenjak zaman
remaja lagi ketika belajar di bandar kelahirannya di Amid. Seterusnya
apabila berhijrah ke Istanbul, beliau mendalami lagi kemahiran seni khat
terutama khat nasakh dan thuluth dengan gurunya iaitu Al-Haj Nazif Bik
dan berterusan mengabdikan diri dalam bidang seni ini sehingga umurnya
hampir 70 tahun. Kekuatan seni khatnya terserlah dengan kemampuannya
menyusun dan mereka cipta dengan mata pena yang begitu unik dan
mempersonakan.
Semasa hidupnya, beliau merupakan seorang kaligrafer modern
Turki yang mempunyai banyak karya. Baik dalam bentuk misyq (kumpulan
qoidah khottiyyah) ataupun tulisan yang tersebar dalam lembaran-lembaran
kertas dan goresan-goresan di dinding masjid dan tempat-tempat lainnya.
Kecenderungan beliau kepada khat tumbuh sejak ia belajar di madrasah
ibtida’i. Dan ketika ia pindah ke Istambul pada tahun 1908, ia sempat
belajar di madrasah al-Huquq. Beliau berguru kepada beberapa orang
kaligrafer yang juga merupakan tokoh kaligrafer pada masanya. Beliau
belajar naskhi dan tsulus kepada al-Hajj Nadzif Bik. Disamping itu,
beliau selalu bertukar pikiran dan bermulazamah dengan Haqqi Hafidz Bey,
Kamil Afandi, Ismail Haqqi al-tunbazar dan Hulushi Afandi (yang juga
guru dari seorang master kaligrafi Muhammad Syauqi).
Sejak tahun 1910 sampai 1912, beliau mengajar kaligrafi,
dan menjadi seorang kartografer di sekolah militer hingga tahun 1918,
sebelum akhirnya mengabdikan seluruh hidupnya untuk dunia kaligrafi.
Beliau telah menulis mushaf al-Qur’an sebanyak dua kali. Karya beliau
paling banyak dijumpai di masjid Sisili di Istambul, Turki, dengan
mengambil model ornamen tradisional.
Enam bulan sebelum wafatnya, Pusat Penelitian Sejarah dan
Seni di Turki sempat mengadakan rekaman film dokumenter dengan judul
Hamid al-Khattath. Dokumentasi dari film ini telah tersebar di beberapa
negara termasuk Mesir. Ahmad Shabri Zayd, seorang khattath dan pemerhati
seni kaligrafi di Mesir, mempunyai copian dari film tersebut.Selain
merupakan tokoh inspirator bagi kaligrafer setelah zamannya, Hamid
al-Amidi juga pernah memberi ijazah kepada beberapa khattath yang sudah
diakui kapabilitasnya.
Diantaranya, ia telah memberikan dua ijazah
kepada seorang Kaligrafer ternama, Hasyim Muhammad al-Baghdadi
masing-masing pada tahun 1950 dan 1952. Hasyim Muhammad,kaligrafer irak
yang sempat hijrah ke Mesir ini, pernah belajar di Madrasah Tahsinul
Khututh Malakiyyah (sekarang Kholil Agha) di Baab-el-Sya’rea Kairo. Ia
berucap kepada Hasyim “Kaligrafi telah kembali masa jayanya ke Iraq,
dengan tangan Hasyim Muhammad”.
Hamid al-Amidi meninggal dunia pada tahun 1982 Masihi.
Beliau merupakan khattat terakhir dari kalangan penulis-penulis khat
terkenal di Istanbul Turki.
Respon Cepat