Oleh:
Dr Abd Rahman Hj Hamzah,
Fakulti Tamadun Islam UTM Skudai
Pertama, Al Ahdaf
Al-‘Ilmiah yaitu Seni Khat sebagai cabang dan sumber pengetahuan. Ia
sebahagian dari ilmu khazanah dunia Islam yang tetap relevan untuk
mengetahui kaedah menulis Al-Quran, pembukuan manuskrip, pelajaran dan
lain-lain.
Kedua, Al Ahdaf At-Tarbiyyah yaitu tujuan pendidikan.
Seni Khat mampu mendidik anak-anak menjadi penyantun dan sabar, kerana
menulis khat memerlukan kesabaran dan kreatif. Disini ada kesabaran
bagaimana menyusun huruf huruf, komposisi, menyambung dan lainnya.
Ketiga, Al Ahdaf Al-‘Amaliah yaitu tujuan praktis dimana Seni Khat
digunakan untuk segala kepentingan memperkembang syiar dalam menulis
buku, menulis Al-Quran, surat dan papan iklan dan lain-lain.
Keempat, Al Ahdaf Al-Fanniah tujuan estetika. Seni Khat sebenarnya
sumber keindahan. Para penulis melukis, menghias masjid, rumah dan
sebagainya bagi memenuhi tuntutan naluri.
Kelima, Al Ahdaf
An-Nafiah iaitu tujuan ekonomi, Seni Khat mampu menjadi sumber
pendapatan. Para khattat membuat karya-karya yang boleh dijual di
kedai-kedai, tender projek, hadiah pertandingan dan lainnya.
Respon Cepat